Vinales mula paling depan - Utusan Malaysia

Vinales mula paling depan

MAVERICK Vinales menguasai sesi kelayakkan masa di GP Belanda.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ASSEN: Pelumba Yamaha Maverick Vinales akan memulakan perlumbaan Grand Prix (GP) Belanda di petak utama selepas mendominasi ketiga-tiga latihan bebas dan ujian masa.

Pelumba Sepanyol itu, mencatat masa terpantas dalam ketiga-tiga sesi latihan bebas dengan catatan masa 1 minit 31.814 saat (s).

Rakan sepasukannya dari Perancis dan juga pendahulu keseluruhan, Fabio Quatararo mencatat masa kedua terpantas dengan perbezaan 0.071s, manakala pelumba Itali dari Ducati, Francesco Bagnaia di kedudukan ketiga (+0.302s).

Keputusan itu merupakan satu kebangkitan menakjubkan buat Vinales yang menamatkan perlumbaan di tempat terakhir minggu lalu di GP Jerman.

Pelumba berusia 26 tahun itu, jelas menikmati  perlumbaan di litar yang terkenal dengan gelaran Temple of Speed, selepas muncul juara di lokasi yang sama pada 2019. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya