fbpx

23 Oktober 2021, 11:41 am

  TERKINI

Sembang lucah dengan kanak-kanak bawah umur, usahawan kosmetik ditahan, direman pagi ini

USAHAWAN kosmetik terkenal direman bagi membantu siasatan berhubung rakaman ‘live’ yang didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki di bawah umur. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan usahawan kosmetik terkenal bagi membantu siasatan berhubung rakaman ‘live’ yang didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki di bawah umur.

Difahamkan, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang malam tadi.

Bagaimanapun, seorang lagi pemilik Instagram, Pipinatasha yang juga membuat ‘live’ dengan usahawan itu tidak dapat dipastikan sama ada turut ditahan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan mengesahkan perkara itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Ya, kita sudah tangkap semalam dan pagi ini akan mendapatkan reman. Biar kami siasat dahulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan satu siasatan akan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung satu rakaman ‘live’ membabitkan seorang usahawan kosmetik dan rakannya dipercayai transgender kerana melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki di bawah umur.

Siasatan itu dilakukan susulan rakaman ‘live’ di akaun Instagram miliknya itu tular dan menunjukkan mereka berpakaian tidak senonoh selain menghisap rokok elektronik vape di hadapan dua kanak-kanak dipercayai berusia 14 dan 15 tahun.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, pihaknya telah menerima rakaman tersebut dan sedang mengenal pasti pemilik akaun terlibat selain memanggil semua individu yang ada di dalam rakaman tersebut.

“Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 15 (a) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-​Kanak 2017 atau ‘child grooming’,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, seorang pemilik Facebook dikenali Akhi Fairuz Al-Jengkawi memuat satu hantaran yang mengenai isu tular di laman sosial Twitter berkenaan rakaman ‘live’ usahawan kosmetik terbabit bersama rakannya.

Dalam hantaran tersebut, pemilik Facebook itu mempersoalkan tindakan usahawan dan rakannya itu yang berpakaian tidak senonoh disamping melakukan adegan ‘panas’ terhadap dua kanak-kanak lelaki yang turut serta dalam live tersebut.

Pemilik Facebook berkenaan juga meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap perkara itu.

POPULAR

KOSMO! TERKINI