Tunjuk kartun lekakan kanak-kanak kaki tersangkut - Utusan Malaysia

Tunjuk kartun lekakan kanak-kanak kaki tersangkut

ANGGOTA bomba mengambil masa 1 jam 20 minit mengeluarkan kaki kanak-kanak tiga tahun yang tersangkut dalam lubang di tandas ketika sedang mandi di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Anggota bomba bertindak melekakan seorang kanak-kanak lelaki yang kakinya tersangkut di dalam lubang menggunakan kartun ‘Didi & Friends’ di kediaman keluarganya di Taman Bukit Dahlia, di sini malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II Iszahwati Supardi berkata, kejadian melibatkan kanak-kanak berusia tiga tahun itu dilaporkan berlaku pada pukul 8.51 malam.

Menurutnya, ekoran kejadian itu, seramai lapan anggota berserta dua jentera dihantar ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati kaki seorang kanak-kanak lelaki telah terperangkap di dalam lubang dalam tandas tingkat dua sebuah premis rumah kedai.

“Menurut maklumat diberi ibu mangsa, kanak-kanak itu sedang mandi bersama adik beradiknya yang lain sebelum kaki mangsa termasuk ke dalam lubang saluran air yang tidak bertutup.

“Bagi melekakan dan menenangkan kanak-kanak itu, anggota bomba bertindak membuka rancangan kartun di telefon bimbit semasa kerja-kerja memecah simen sekeliling lubang dan pintu kedai di bahagian bawah bagi memotong saluran paip menggunakan peralatan khas,” katanya di sini hari ini.

Tambah Iszahwati, kerja-kerja menyelamatkan kanak-kanak itu mengambil masa selama kira-kira 1 jam 20 minit.

“Mangsa yang berjaya diselamatkan telah diberi rawatan awal dan didapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Operasi kemudian ditamatkan pada pukul 9.43 malam,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya