Tiga maut, ribut Choi-wan landa Filipina - Utusan Malaysia

Tiga maut, ribut Choi-wan landa Filipina

PASUKAN menyelamat mencari mangsa yang hilang dalam banjir di South Cotabato, Filipina. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan ratusan penduduk kampung terpaksa dipindahkan selepas ribut tropika melanda di selatan dan tengah Filipina.

Agensi berita AP melaporkan ribut Choi-wan turut mencetuskan banjir dan tanah runtuh di kawasan tersebut.

Menurut Pejabat Pertahanan Awam, tiga mangsa yang meninggal dunia itu termasuk seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

“Remaja itu bergegas bersama ayahnya ke tebing sungai untuk menyelamatkan haiwan ternakan dalam keadaan hujan lebat.

“Namun kedua-dua individu itu dihanyutkan arus deras di bandar Norala di wilayah Cotabato Selatan. Ayah remaja itu masih hilang,” jelasnya.

Dalam pada itu, menurut peramal cuaca, ribut Choi-wan berada di barat daya wilayah Mastabe dengan membawa kelajuan angin 65 kilometer sejam (km/j) dan boleh mencapai kekuatan sehingga 90km/j.

Jelasnya, ribut itu bergerak ke arah utara-barat dan mungkin berkurangan ketika menuju ke Laut China Selatan. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya