Sultan Kedah kurnia sumbangan barang makanan - Utusan Malaysia

Sultan Kedah kurnia sumbangan barang makanan

BAKAR Din (kanan) menyerahkan sumbangan barangan keperluan makanan kepada Ammar Shaikh Mahmood Naim (kiri) di Alor Setar, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan keluarga diraja berkenan mengurniakan sumbangan barangan keperluan makanan kepada rakyat di negeri ini yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 1 Jun lalu.

Sumbangan barangan itu diserahkan oleh Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Bakar Din yang mewakili Sultan Kedah dan keluarga diraja kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah di sini hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Tuanku Sultan Kedah, sebanyak 12 pegawai daerah di negeri ini yang merupakan penyelaras Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) akan menyelaras dan mengagihkan keperluan serta bantuan tersebut kepada penduduk yang memerlukan bantuan berkenaan.

“Kurniaan sumbangan tersebut menunjukkan keprihatinan Sultan Kedah dan keluarga diraja berikutan terdapat keluarga yang terputus bekalan makanan dalam pelaksanaan PKP 3.0 ini.

“Kurniaan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga yang terlibat dan memastikan rakyat mendapat perhatian sewajarnya,” katanya.

Pada masa sama, Sultan Kedah mengalu-alukan syarikat-syarikat korporat, konglomerat, pertubuhan-pertubuhan serta individu di negeri ini untuk membantu golongan yang memerlukan terutama ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

Sultan Kedah turut bertitah berharap supaya rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi memastikan pandemik Covid-19 dapat dibendung agar rakyat dapat meneruskan kehidupan seperti sedia kala.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya