Siasatan pelanggan cetus isu sensitiviti agama masih berjalan

Siasatan pelanggan cetus isu sensitiviti agama masih berjalan

MOHAMAD FAKHRUDIN ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan masih giat dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kejadian pergaduhan membabitkan penghantar makanan dan pelanggan yang menyentuh sensitiviti agama di Sungai Way di sini semalam.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesemua suspek yang ditahan reman selama dua hari bermula hari ini.

“Semua suspek akan direman sehingga esok, kita akan maklumkan sekiranya ada tangkapan baru atau subjek yang dikehendaki bagi membantu siasatan,” katanya hari ini.

Semalam, enam individu terdiri daripada seorang pelanggan dan lima penghantar makanan ditahan selepas terbabit dalam pergaduhan.

Pada mulanya, satu laporan dibuat kira-kira pukul 2.30 petang daripada seorang penghantar makanan berhubung tindakan seorang pelanggan yang didakwa menggunakan nama yang menyentuh sensitiviti agama.

Penghantar makanan itu kemudiannya telah membuat tangkap layar pesanan daripada pelanggan berkenaan serta menularkannya kepada aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan di kawasan berkenaan.

Keadaan ini menimbulkan kemarahan kepada sekumpulan penghantar makanan yang lain dan mereka telah pergi ke rumah pelanggan berkenaan yang terletak di kawasan Sungai Way sebelum berlaku pergaduhan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya