Sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu 16 Jun ini - Utusan Malaysia

Sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu 16 Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Istana Negara akan menganjurkan sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada 16 Jun ini atas titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, perbincangan khas itu adalah atas inisiatif Al-Sultan Abdullah dan akan dipengerusikan oleh Seri Paduka sendiri.

“Perbincangan khas ini adalah kali kedua seumpamanya diadakan di Istana Negara sejak Seri Paduka menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019.

“Kali pertama perbincangan khas Raja-Raja Melayu dianjurkan dan berlangsung pada 25 Oktober 2020 di Istana Negara.” katanya.

Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong berkenan menganjurkan sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara.

Kenyataan itu adalah susulan Yang di-Pertuan Agong selesai mengadakan perbincangan bersama beberapa ahli politik semalam.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong bertemu pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama satu jam setengah dengan perbincangan tertumpu pada keadaan darurat dan langkah untuk memerangi wabak Covid-19.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut hadir ke Istana Negara selain Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN