Projek pertanian punca sungai tercemar diarah henti operasi

Projek pertanian punca sungai tercemar diarah henti operasi

KAWASAN projek pertanian yang diarah menghentikan operasi serta-merta kerana menjadi punca pencemaran sungai di Sungai Raia, Ipoh hari ini. - IHSAN JAS PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebuah syarikat pemaju diarah menghentikan operasi dan kerja tanah membabitkan projek pertanian di Sungai Raia di sini kerana menyebabkan pencemaran sungai.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak telah mengeluarkan perintah larangan menghentikan operasi dan kerja tanah kepada pemaju projek pertanian terlibat dalam Op Bersepadu di Sungai Raia hari ini.

“Projek pertanian tersebut beroperasi dengan keluasan lebih kurang 247 ekar tanpa kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

“Syarikat pemaju tersebut dikenakan tindakan perintah larangan di bawah Seksyen 34AA, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mengarahkan apa-apa kerja tanah perlu dihentikan serta-merta,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook beliau hari ini. 

Menurutnya, Op Bersepadu tersebut melibatkan tujuh orang penguat kuasa JAS Perak yang diketuai Pengarahnya, Rosli Zul bersama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).

Katanya, turut serta dalam operasi berkenaan adalah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak, JPS Daerah Kinta, Jabatan Perhutanan Perak, PLANMalaysia@Perak serta Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah.

Jelasnya, perunding projek pertanian tersebut turut hadir dalam operasi tersebut.

“Operasi serbuan ini dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.