fbpx

Program Mobilisasi Covid-19 diperluas

PROGRAM Mobilisasi Covid-19 akan diperluaskan ke beberapa negeri sebagai langkah mempercepatkan dan mempermudahkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Program Mobilisasi Covid-19 akan diperluaskan ke beberapa negeri sebagai langkah mempercepatkan dan mempermudahkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Pengerusi Pertubuhan Penggerak Komuniti Negara (PKN), Nor Hizwan Ahmad dalam satu kenyataan berkata, program berkenaan dilaksanakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara serta PKN sendiri.

Katanya, di bawah program berkenaan tiga unit utama ditubuhkan bagi membantu mobilisasi penerimaan vaksin dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu Unit Panggilan, Unit Mobilisasi dan Unit Jangkauan Komuniti.

“Unit Panggilan akan membuat panggilan telefon kepada senarai penerima Covid-19 berdaftar yang belum membuat pengesahan penerimaan dan bagi mengingatkan temujanji mereka sehari sebelum dijadualkan. Unit ini juga akan membuat panggilan kepada penerima dos ke dua dan penerima dos pertama yang gagal hadir pada temu janji awal mereka. 

“Pasukan ini juga akan menyampaikan maklumat keperluan mobilisasi penerima vaksin kepada Unit Mobilisasi. Unit Mobilisasi bertugas membantu penerima vaksin berdaftar yang mempunyai masalah pengangkutan bagi hadir ke Pusat Pemberian Vaksin dengan mengambil dan menghantar mereka. Tumpuan diberikan kepada golongan warga emas, Orang kurang upaya (OKU)  dan dan golongan berpendapatan rendah (B40),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hizwan berkata, bagi Unit Jangkauan Komuniti, ia merupakan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan PBT dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) untuk menyebar kepentingan penerimaan vaksin serta membantu pendaftaran vaksin yang akan dilakukan melalui persatuan penduduk. – UTUSAN


POPULAR

KOSMO! TERKINI