PPV Mega mampu wujudkan imuniti kelompok - Utusan Malaysia

PPV Mega mampu wujudkan imuniti kelompok

AZHARI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Langkah mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega Bukit Jalil di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) diharap mampu mewujudkan imuniti kelompok dan membebaskan negara daripada pandemik Covid-19.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, walaupun kes berada antara 4,000 hingga 5,000, diharap trendnya terus menurun di bawah 4,000 kes.

“PPV Mega Bukit Jalil boleh memberi 10,000 dos sehari. Langkah ini boleh mempercepat  kewujudan imuniti kelompok.

“Harapan kita lebih banyak PPV diwujudkan di seluruh negara bagi memastikan aktiviti ekonomi boleh diperluas selepas ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azhari yang juga Ketua Penerangan Muafakat Nasional (MN) Selangor berkata, kes Covid-19 perlu diturunkan pada bulan depan bagi memastikan Pelan Pemulihan Nasional Fasa 2 boleh dijayakan.

Katanya, beliau mendapat banyak aduan daripada rakyat yang tidak bekerja dalam aktiviti ekonomi utama menghadapi masalah kewangan.

“Kita berharap jika paten penurunan kes seperti April 2020 dan Februari 2021 yang mana jumlah kes sembuh melebihi kes baru ia memberi tanda bahawa kes Covid-19 akan menurun.

“Harap bulan Julai ini paten sebegini akan berulang dan aktiviti ekonomi Malaysia kembali rancak seterusnya aktiviti merentas daerah dan negeri dibuka semula,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN