PPUM terima 10,000 pelitup muka daripada Anggun Kirana 

PPUM terima 10,000 pelitup muka daripada Anggun Kirana 

DUA pegawai Perubatan PPUM menerima sumbanhan 10,000 pelitup muka daripada wakil Anggun Kirana di Petaling Jaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menerima bantuan sumbangan 10,000 pelitup muka daripada Anggun Kirana Sdn. Bhd. sebagai sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.

Sumbangan tersebut diberikan sebagai bantuan dan sokongan kepada petugas barisan hadapan ketika menangani penularan Covid-19 yang kini semakin meningkat.

Pegawai Perubatan PPUM, Dr. Amir Arif Ahmanul berkata, sumbangan berkenaan merupakan inisiatif yang dapat membantu kelangsungan kerja-kerja klinikal.

“Ia sangat membantu petugas di pusat perubatan ini kerana kami memerlukan pelitup muka yang banyak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, pengasas syarikat berkenaan, Datuk K Chua berkata, sumbangan pelitup muka itu akan diteruskan kepada beberapa lagi hospital yang kini sedang dalam perancangan.  

“Dalam menghadapi keadaan jangkitan dan pesakit Covic-19 yang semakin meningkat, petugas barisan hadapan memerlukan perlindungan yang paling maksima.

“Pelitup muka kami mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan perakuan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) sebagai pelitup muka perubatan. Justeru petugas barisan hadapan boleh memakainya tanpa was was,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.