Polis percaya masih terdapat kilang ingkar SOP Covid-19 - Utusan Malaysia

Polis percaya masih terdapat kilang ingkar SOP Covid-19

SERAMAI 328 pekerja dan empat majikan industri perkilangan serta pembuatan di Balik Pulau, Pulau Pinangi diperiksa dalam operasi Op Pematuhan SOP PKP 3.0.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Polis memandang serius mengenai isu kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) melibatkan majikan dan pekerja industri perkilangan serta pembuatan di daerah ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintenden Jafri Md Zin berkata, pihaknya akan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa sebagai langkah membantu membendung penularan Covid-19.

Menurutnya, operasi pematuhan SOP akan dijalankan di lokasi tumpuan termasuk kawasan perindustrian yang terdapat di sekitar daerah Barat Daya.

“Hari ini, kira-kira lebih 328 pekerja termasuk majikan di empat buah syarikat perkilangan dan pembuatan di kawasan Batu Maung dan Bayan Lepas diperiksa menerusi operasi Op Pematuhan SOP.

“Hasil pemeriksaan, kesemua mereka mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau memberitahu, operasi yang dijalankan mulai pukul 9.30 pagi itu melibatkan kerjasama seramai 45 anggota terdiri daripada polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya; Jabatan Tenaga Kerja; Majlis Bandaraya Pulau Pinang; Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya dan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri.

Dalam pada itu beliau memberitahu, pihaknya percaya masih terdapat kilang mahupun premis perindustrian yang ingkar dengan arahan pematuhan SOP yang ditetapkan.

“Bagaimanapun kita akan terus memantau serta menjalankan rutin pemeriksaan pada setiap masa bagi menangani perkara terbabit,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN