PM sertai program selawat, doakan kesejahteraan negara  - Utusan Malaysia

PM sertai program selawat, doakan kesejahteraan negara 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai Program Mega Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Berselawat  yang bakal disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) di TV1, esok. 

 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya memberi kerjasama kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam menganjurkan program  ‘Mega PKRC Berselawat Bersama Perdana Menteri dan Rakyat Malaysia’ itu. 

“Program yang disiarkan secara langsung di TV1 ini turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri serta pimpinan negara lain secara dalam talian.

 “Ia akan diadakan pada hari esok, pukul 8.30 pagi hingga 9 pagi dengan siaran langsung menerusi TV1,” menurut kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, acara selawat dan doa akan dipimpin oleh Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya,  Ikmal Zaidi Mohd. Hashim dan diringi oleh qari kebangsaan dan antarabangsa, Ahmad Tarmizi Ali dan Amirrahman Abbas. 

Sehubungan itu, Jakim mengajak rakyat Malaysia yang beragama Islam berselawat dan mendoakan kesejahteraan untuk negara daripada Covid-19. 

 “Jom sama-sama kita berselawat dan mendoakan kesejahteraan negara agar dilindungi daripada Covid-19 di samping menyemarakkan semangat dan kekuatan kepada petugas barisan hadapan untuk terus berjuang dalam memerangi pandemik Covid-19 ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN