PKPD: Tiga sekatan jalan raya di Kampung Tajin, Hulu Terengganu

PKPD: Tiga SJR di Kampung Tajin

MOHD. Adli Daud (kiri) meninjau SJR susulan PKPD di Kampung Tajin di Hulu Terengganu, hari ini. - FOTO/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Polis melakukan tiga sekatan jalan raya (SJR) di laluan keluar masuk di Kampung Tajin di sini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuat kuasa, esok. 

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, kawasan terlibat ialah di Kilometer 3 dan 6 di Jalan Gaung-Kuala Ping di samping Kilometer 8 Jalan Kuala Berang-Tajin-Telemong. 

Katanya, seramai 70 anggota dan pegawai terlibat dalam penugasan tersebut termasuk polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

“Kampung Tajin terletak kira-kira 8.9 kilometer dari Kuala Berang dan memiliki  seramai 1,403 penduduk dengan 270 rumah. 

“Semua penduduk  diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPD ditetapkan manakala orang luar dilarang masuk ke kawasan Kampung Tajin kecuali dengan kebenaran pihak berkuasa,” katanya kepada media ketika meninjau persiapan SJR di Kampung Tajin, di sini hari ini. 

Menurut Mohd. Adli, penduduk yang ingin ke Kuala Berang boleh melalui jalan alternatif di Kampung Kuala Ping atau Kepah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya