PKP Penuh: Aliran trafik NS kurang 30 peratus - Utusan Malaysia

PKP Penuh: Aliran trafik NS kurang 30 peratus

KEADAAN lengang di bandar Seremban ketika tinjauan hari pertama PKP penuh yang bermula hari ini. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Aliran trafik di negeri ini didapati kurang 30 peratus daripada kebiasaan susulan pelaksanaan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh (total lockdown)

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, senario berkenaan menunjukkan kadar pematuhan masyarakat di negeri ini dalam keadaan baik.

Sehubungan itu, pihaknya berharap agar semua pihak dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang 14 hari pelaksanaan PKP Penuh.

Bagaimanapun jelasnya, masih terdapat lagi kesalahan pelanggaran SOP yang ‘remeh’ seperti kegagalan individu mendaftar masuk premis menggunakan aplikasi MySejahtera dan memakai pelitup muka.

“Sehingga pukul 4 petang ini, lapan kompaun dikeluarkan masing-masing sebanyak RM1,500 seorang di mana empat daripadanya merupakan kesalahan tidak mendaftar masuk ke premis dan empat lagi tidak memakai pelitup muka.

“Apa yang dikesalkan alasan yang dikemukan adalah pelbagai termasuk alasan terlupa yang seharusnya tidak berlaku lebih-lebih lagi SOP ini telah lama dilaksanakan,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamad memaklumkan, sebanyak 190 pasukan petugas pemantauan SOP PKP diwujudkan di negeri ini bagi memantau kadar pematuhan SOP dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, setiap hari sebanyak 60 peratus daripada 4,270 pegawai dan anggota di negeri ini ditugaskan dalam hal membabitkan pelaksanaan serta kelancaran operasi susulan pandemik Covid-19.

“Ada yang bertugas di 31 sekatan jalan raya (SJR), ada yang ditugaskan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), pasukan petugas pemantauan SOP PKP dan pengiring penghantaran vaksin.

“Kami harap agar semua pihak dapat mematuhi SOP yang ditetapkan dan bagi premis perniagaan pula, pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kompaun sekiranya melebihi waktu operasi yang dibenarkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN