fbpx

5 Ogos 2021, 4:53 pm

  TERKINI

Pelayan restoran didakwa miliki 58 helai pakaian dalam wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pelayan restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan gagal memberi keterangan kerana memiliki 58 helai pakaian dalam
wanita di rumahnya di sebuah kondominium, Selasa lalu.

Tertuduh, Ong Kok Thye, 23, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret M. Barath.

Mengikut pertuduhan, Kok Thye didapati miliki 58 helai pakaian wanita iaitu seluar dalam, baju dalam dan seluar pendek yang mana tertuduh tidak dapat memberi keterangan yang memuaskan bagaimana barang tersebut diperoleh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit kondominium di Dataran Mentari di sini pada pukul 12.35 tengah hari, 15 Jun lalu yang didakwa mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Zafirah Syed Mustapa menawarkan jaminan sebanyak RM1,000 manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak membuat sebarang rayuan berhubung jumlah jaminan itu.


Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin berikutan tiada penjamin yang hadir dan menetapkan 9 September ini untuk sebutan kes.

Media semalam melaporkan, seorang lelaki mencuri 58 helai pakaian wanita pelbagai jenama milik jirannya dipercayai untuk memuaskan nafsu.

Kesemua pakaian itu disembunyikan di dalam bilik tidur di rumahnya di sebuah kondominium di Bandar Sunway, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhrudin Abdul Hamid berkata, perkara itu terbongkar selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 35 tahun pada pukul 1.50 petang, Selasa lalu.

Menurut polis, perbuatan itu terbongkar selepas mangsa ternampak suspek berlegar-legar dalam lif pada pukul 10.30 pagi, hari yang sama.

Wanita itu yang mengesyaki suspek terlibat dalam kes kehilangan pakaian miliknya sebelum ini, lalu memaklumkan kepada suaminya dan pihak pengurusan kondominium.

POPULAR

KOSMO! TERKINI