Parlimen: Tidak cukup hanya berjanji, kata veteran DAP - Utusan Malaysia

Parlimen: Tidak cukup hanya berjanji, kata veteran DAP

LIM KIT SIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Veteran DAP, Lim Kit Siang menganggap tidak memadai sekiranya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya berjanji untuk melibatkan pembangkang dalam mengkaji pembukaan semula persidangan Parlimen.

Dalam hantaran Twitter beliau hari ini, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, sebaliknya Muhyiddin perlu memberi komitmen bahawa Parlimen akan dipanggil bersidang sebelum 1 Ogos ini.

Terdahulu, Muhyiddin memaklumkan sebuah jawatan kuasa yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang telah dibentuk untuk meneliti aspek-aspek penting sebelum sidang Parlimen diadakan.

Kata Perdana Menteri, beliau memberikan komitmen bahawa keputusan pembukaan sidang Parlimen akan diputuskan oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang di dalam jawatankuasa berkenaan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya