Ambalat: Malaysia dan Indonesia hampir capai kata sepakat

Ambalat: Malaysia dan Indonesia hampir capai kata sepakat

MOHAMAD Hasan menyampaikan sumbangan koperasi kepada anak ahli yang cemerlang sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi kali ke-52 Koperasi Kaum Ibu Penajes, di sini, hari ini. UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto sudah hampir mencapai kata sepakat berhubung Ambalat iaitu wilayah sempadan maritim antara kedua-dua negara.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagaimanapun terdapat beberapa perkara termasuk di bahagian teknikal untuk mengenalpasti serta memuktamatkan kaedah kedua-dua negara untuk dapat menikmati hasil bumi yang ada di Ambalat.

“Kajian telah dibuat, di laut situ mempunyai deposit minyak dan gas yang paling banyak, jadi mengapa perlu kita tunggu, kalau nak ikut persempadanan, sampai 20 ke 30 tahun tak boleh tercapai.

“Kawasan ini (Ambalat), kawasan yang sentiasa menjadi pertikaian. Dalam masa yang sama kita rugi, lebih baik kita menghasil usahakan supaya faedah itu dinikmati kedua-dua negara,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Kaum Ibu Penajes di sini, hari ini.

Menurut Mohamad, kerjasama boleh dibuat antara lainnya dengan mengambil kira autoriti pembangunan bersama seperti di Teluk Siam antara Thailand dan Malaysia.

“Kawasan bertindih, Thailand kata itu dia punya, kita (Malaysia) kata itu kita punya tapi dalam masa yang sama, kita punyai persefahaman, kita bangunkan untuk buat cari gali.

“Kita dapat banyak faedah, Thailand dapat banyak faedah. Bahkan, sumber gas asli cecair (LNG) di kawasan tersebut memang banyak dibekalkan ke negara kita.

“Jadi, ini cara pemikiran baharu kita untuk menghasil usahakan sumber bumi yang ada dan menikmati faedahnya. Kalau nak ikutkan cara berunding, sampai berpuluh tahun, tak mahu berganjak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN