Panggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari, desak UMNO  - Utusan Malaysia

Panggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari, desak UMNO 

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO mendesak kerajaan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong,  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-​Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Pemerintah agar memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kenyataan  Istana Negara dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berhubung perkara berkenaan.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kegagalan kerajaan melaksanakan titah tersebut dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati Institusi Raja-Raja Pemerintah. 

“Sebagai sebuah parti yang diasaskan atas tujuan memelihara dan membela Institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana termaktub dalam Fasal 3 Perlembagaan UMNO, satu Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) akan diadakan bagi memuktamadkan tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila Mesyuarat MT UMNO itu akan diadakan.

Menurut Ahmad Zahid, sepertimana yang telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, UMNO berpendirian Parlimen amat mustahak untuk diadakan bagi segera membawa pelbagai tuntutan dan harapan rakyat yang sedang kesempitan dalam mendepani Pandemik Covid-19.

Di samping itu, kata beliau., ia bagi memastikan wujud akauntabiliti dalam urusan pentadbiran kerajaan.

“Justeru, tidak perlulah berdolak-dalik lagi istilah ‘secepat mungkin’ dan ‘segera’ yang digunakan di dalam kedua-dua kenyataan media perihal Sidang Parlimen, yang hakikatnya menzahirkan kesepakatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya