Palestin terbitkan matawang digital, elak kebergantungan shekel Israel - Utusan Malaysia

Palestin terbitkan matawang digital, elak kebergantungan shekel Israel

SEORANG lelaki menyertai demonstrasi bantahan terhadap kekejaman rejim Zionis di Gaza City baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Bank Pusat Palestin sedang mengkaji menerbitkan matawang digital sekali gus melepaskan kebergantungan terhadap shekel Israel yang selama ini menjadi matawang untuk transaksi harian mereka.

Al-Jazeera melaporkan, selain shekel, matawang digital Palestin itu juga mampu mengurangkan kebergantungan kepada dinar Jordan dan dolar Amerika Syarikat (AS) yang digunakan sejak 1980.

“Ini untuk sistem pembayaran di negara kita,” jelas Gabenor Bank Pusat Palestin, Feras Milhem seperti dipetik dari Bloomberg.

Penetapan rejim Zionis membuatkan transaksi kewangan di Palestin menggunakan matawang shekel.

Malah Israel juga melarang transaksi tunai dalam jumlah besar di Palestin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN