Nenek berusia 71 tahun kena rogol, mangsa tak dapat melawan kerana strok

Nenek berusia 71 tahun kena rogol, mangsa tak dapat melawan kerana strok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SULAWESI: Wanita warga emas berusia 71 tahun telah menjadi mangsa rogol seorang lalaki.

Lebih tragis, wanita tersebut tidak mampu berbuat apa-apa kerana dia mengalami strok

Perbuatan keji itu berlaku di Kabupaten Bolaang, Sulawesi Utara.

Wanita warga emas itu dirogol di rumahnya di Desa Vahuta, Kecamatan Bintauna.

Dari maklumat yang dipetik dari Tribune News, kejadian berlaku pada tanggal 31 Mei lalu.

Menurut keterangan mangsa, suspek telah masuk ke dalam rumahnya melalui pintu belakang.

Apabila terlihat suspek, mangsa bertanya apa yang dia mahukan, tetapi suspek menghiraukan pertanyaan itu sebaliknya terus merogol mangsa.

Mangsa tidak dapat melawan kerana menghidap strok.

Ekoran itu keluarga mangsa telah membuat laporan polis dan hasil siasatan suspek yang melarikan diri berjaya ditahan 10 hari kemudian.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya