LONDON: Juara dua kali, Andy Murray memenangi perlawanan perseorangan pertamanya di Wimbledon sejak 2017 semalam selepas menumpaskan Nikoloz Basilashvili dalam pertarungan empat set, sambil menghambur pujian kepada penonton di Centre Court yang membantu kemenangannya.
Murray, 34, yang juga juara 2013 dan 2016 bertarung dengan kecederaan pinggul dan pangkal paha beberapa tahun kebelakangan ini sebelum menang 6-4, 6-3, 5-7, 6-3 ke atas pilihan ke-24, Basilashvili.
Pemenang beberapa kejohanan utama tiga kali dan pemenang pingat emas Olimpik itu mengatakan bahawa dia berhasrat untuk terus bermain.
“Saya sering ditanya apakah itu pertandingan terakhir saya atau Kejohanan Wimbledon terakhir saya.
“Saya tidak tahu mengapa saya terus ditanya. Saya mahu terus bermain. Saya menikmatinya dan saya masih boleh bermain di peringkat tertinggi. Basilashvili berada di kedudukan 28 dunia dan saya mengalahkannya,” kata Murray.
Bekas pemain nombor satu dunia itu yang kini berada di kedudukan 118 dunia, dijangka menentang pemain dari Jerman, Oscar Otte atau pemain dari Perancis, Arthur Rinderknech untuk merebut tempat 32 terakhir.
Penampilan terakhirnya dalam kejohanan perseorangan di Kejohanan Wimbledon adalah empat tahun lalu apabila berakhir dengan kekalahan lima set kepada Sam Querrey di peringkat suku akhir.
Sementara itu, pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic berpeluang untuk merebut gelaran juara Kejohanan Wimbledon keenam dan meraih gelaran Grand Slam ke-20 berikutan kemenangan perlawanan semalam.
Setahun selepas kejohanan 2020 dibatalkan akibat wabak Covid-19, juara bertahan dan pemain nombor satu dunia, Djokovic meraih kemenangan 4-6, 6-1, 6-2, 6-2 ke atas Jack Draper yang berada di kedudukan ke-253 Britain.
Bagaimanapun, pemain pilihan ketiga, Tsitsipas dikalahkan oleh Djokovic pada final Terbuka Perancis dua minggu lepas, merosot pada kekalahan pusingan pertama ketiga dalam empat pusingan kejohanan itu.
Pemain dari Amerika, Frances Tiafoe yang berada di kedudukan 57 juga mengejutkan bintang Greece dengan 6-4, 6-4, 6-3. – AFP