Misha buat rawatan kesuburan - Utusan Malaysia

Misha buat rawatan kesuburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Misha Omar mendedahkan dia sudah memulakan rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, baru-baru ini.

Menurut penyanyi Tanpa Rela itu, dia sudah menjalani ujian hormon Anti-Mullerian (AMH) bagi mengetahui tahap kesuburannya sebelum meneruskan rawatan yang sesuai.

“Saya berharap dan berdoa mudah-mudahan cahaya mata yang akan Allah anugerahkan, baby girl. Kenapa Khadeja? Hashtag itu saya wujudkan sebagai satu semangat buat diri saya jalani proses untuk kehamilan,” ujarnya di Instagram (IG) miliknya.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 39 tahun itu menerima dengan hati terbuka andai dikurniakan zuriat lelaki.

Sebelum itu, Misha kerap mencoret tanda pagar #MenjejakKhadeja yang diciptanya itu sebagai pembakar semangat untuk mendapatkan bayi perempuan kali ini.

Untuk rekod, Misha berkahwin dengan pasangan pilihan, Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Muhammad Idris Ezzwa yang kini berusia lima tahun. Misha juga mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Muhammad Adam Emir,15.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.