Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ditunda Oktober - Utusan Malaysia

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ditunda Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-258 yang sepatutnya dijadualkan berlangsung dua hari bermula esok secara rasminya ditunda.

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, tarikh mesyuarat itu kini dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.

Majlis Raja-Raja sepatutnya mengadakan perjumpaan dengan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri sempena Majlis Raja-Raja pada 28 Jun serta mesyuarat pra-majlis sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 29 Jun namun kedua-duanya turut ditunda.

Kali terakhir Majlis Raja-Raja mengadakan persidangan adalah ketika sesi perbincangan khas bersama Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung di Istana Negara pada 16 Jun lalu.

Perbincangan itu dibuat selepas Seri Paduka  bertemu dengan ketua-ketua parti politik bagi membincangkan isu kesihatan, politik, ekonomi dan sosial. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN