Malaysia turunkan 3 'senjata' baharu dalam kesebelasan utama - Utusan Malaysia

Malaysia turunkan 3 ‘senjata’ baharu dalam kesebelasan utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya menurunkan tiga ‘senjata’ baharu dan mengekalkan tujuh pemain daripada skuad yang tewas 1-2 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi pertama apabila kedua-dua pasukan berentap lagi pada saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sebentar lagi.

Guilherme de Paula akan mengetuai jentera serangan, manakala Dion Cools yang baru ‘diterbangkan’ dari Denmark empat hari lalu membentuk gandingan di pertahanan tengah bersama ketua pasukan, Aidil Zafuan Abd. Razak yang tidak beraksi pada pertemuan pertama pada September, 2019.

Seorang lagi ‘wajah baharu’, Liridon Krasniqi berpasangan dengan Syamer Kutty Abba di bahagian tengah.

La’Vere Corbin-Ong dan Matthew Davies masing-masing mengisi bek kiri serta kanan, manakala Farizal Marlias diberi tanggungjawab menggalas tugas penjaga gol.

Melengkapkan pasukan Safawi Rasid (sayap kanan), Nor Azam Azih (tengah bertahan) dan Mohamadou Sumareh (sayap kiri) yang kesemuanya turut diturunkan dalam kesebelasan utama Harimau Malaya pada perlawanan dua tahun lalu.

Anak-anak buah Tan Cheng Hoe turun dengan misi memburu kemenangan untuk mencerahkan peluang melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia dan pusingan akhir Piala Asia.

UAE pula melakukan lapan pertukaran daripada skuad 2019 tetapi mengekalkan penyerang berbisa, Ali Mabkhout yang mampu menjadi ancaman terbesar Malaysia.

Selamat berjuang Harimau Malaya!!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya