Malaysia gesa NAM sokong akhiri konflik Palestin-Israel - Utusan Malaysia

Malaysia gesa NAM sokong akhiri konflik Palestin-Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) diseru terus menyokong perjuangan Palestin bagi mengakhiri konflik dengan rejim Israel untuk menjadi sebuah negara berdaulat.

 Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, Malaysia turut mengulangi pendirian mengutuk keras keganasan Israel dan tetap teguh bersolidariti terhadap rakyat Palestin.

 “Negara-negara anggota NAM juga wajar menyokong penyelesaian konflik itu menerusi siri usaha pembentukan negara merdeka Palestin berdasarkan sempadan pra-1967,” tegasnya.

 Beliau berkata ketika berucap mewakili Malaysia pada Mesyuarat Luar Biasa Menteri NAM mengenai isu Palestin secara maya semalam menerusi kenyataan Wisma Putra di sini hari ini.

 NAM yang ditubuhkan pada 1961 lalu ketika ini dianggotai 120 negara termasuk Malaysia, selain disertai 17 negara lagi bertaraf sebagai pemerhati dan 10 buah organisasi antarabangsa.

 Mesyuarat khas secara dalam talian itu sebagai susulan kepada Resolusi 2334 yang diperakukan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada 23 Disember 2016 lalu. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya