Maklumat halal diragui, 28 tan daging kerbau sejuk beku dirampas - Utusan Malaysia

Maklumat halal diragui, 28 tan daging kerbau sejuk beku dirampas

SEBANYAK 28 tan daging kerbau sejuk beku yang diimport dari India dirampas di NBCT, Butterworth, Pulau Pinang selepas didapati menggunakan maklumat sijil halal yang mengelirukan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas hampir 28 tan daging kerbau sejuk beku selepas didapati menggunakan maklumat sijil halal yang mengelirukan.

Produk yang diimport dari India itu di rampas semasa pemeriksaan rutin agensi penguatkuasaan berkenaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini pukul 5.45 petang semalam.

Pengarah Maqis negeri, Noriah Dahlan berkata, pemeriksaan pihaknya mendapati maklumat sijil halal yang dikeluarkan dari negara pengeksport pada produk itu tidak tepat dan berbeza dengan maklumat label pada bungkusannya.

“Sehubungan itu, produk daging kerbau beku tanpa tulang yang dimuatkan di dalam 1,449 kotak seberat 27,998 kilogram (kg) dan dianggarkan bernilai RM427,691 tersebut disita untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.