fbpx

14 Jun 2021, 8:43 am

  TERKINI

Maaf, ‘i love you lah!’ – Kamarool Yusoff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tidak menyangka pandangan yang dilontarkan mengenai bayaran tidak setimpal kepada pelakon senior mendapat perhatian teman-teman industri, pelakon Kamarool Yusoff, 63, memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan komen yang diberikan.

Menurut Kamarool yang popular dengan watak Che Man dalam trilogi filem Rock, dia enggan ada pihak tersalah faham dengan kenyataan yang diberikan kerana sedar ada sebahagian daripada merupakan kenalannya.

“Kalau ada yang terasa, saya minta maaf. Apa yang saya maksudkan itu tidak semua. Memang ada pengurus produksi yang memainkan peranan mengurangkan bayaran untuk pelakon warga emas.

“Tetapi saya tak katalah semua. Ada yang benar-benar menjalankan tugasnya dengan jujur dan baik, saya tak nafikan.

“Jangan marah, sekali lagi saya minta maaf, ‘i love you lah’,”katanya ketika menghubungi Utusan Malaysia hari ini.

Ia adalah rentetan satu komen yang dibuat olehnya berkenaan isu bayaran murah dan tidak setimpal yang lazimnya berlaku pada pelakon warga emas tanah air yang telah dipaparkan di dalam sisipan akhbar Pancaindera, Mingguan Malaysia, Ahad lalu.

Menerusi komen Kamarool dalam akhbar tersebut, dia berpandangan keadaan itu mungkin ada kaitan dengan tindakan pengurus produksi yang tidak relevan dalam membentangkan kertas cadangan bajet kepada penerbit terutama dalam isu bayaran artis senior.

Selain Kamarool, isu itu turut memaparkan pandangan yang diluahkan oleh pelakon veteran Datin Fadilah Mansor, pengarah Osman Ali serta penerbit terkenal, Raja Azmi.

Habis