Lisa Surihani lahirkan bayi lelaki pada hari lahir Yusry - Utusan Malaysia

Lisa Surihani lahirkan bayi lelaki pada hari lahir Yusry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon jelita, Lisa Surihani, selamat menimang cahaya mata bayi lelaki, pukul 2 pagi tadi.

Berita itu dikongsi suaminya yang juga pengarah dan penerbit popular, Datuk Yusry Abdul Halim menerusi perkongsian di entri Instagramnya.

“Alhamdulillah, Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 2:30 pagi tadi. Bayi dan ibu kedua-duanya dalam keadaan baik,” katanya.

Dalam pada itu, Yusry meluahkan rasa syukur atas hadiah sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-48 yang disifatkan cukup bermakna buatnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet dan selebriti lain mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Untuk rekod, pasangan Lisa dan Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Yahaira Leanne, enam tahun dan Yusof Leonne, empat tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya