Lepak di taman rekreasi, remaja gelang merah jambu dikompaun

Lepak di taman rekreasi, remaja gelang merah jambu dikompaun

SEORANG remaja lelaki yang masih memakai gelang merah jambu dikompaun selepas melepak di taman rekreasi tidak jauh dari rumahnya di Taman ACBE, Bahau, Jempol, Negeri Sembilan, pagi tadi. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang remaja lelaki yang masih memakai gelang merah jambu dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 selepas melepak di sebuah taman rekreasi tidak jauh dari rumahnya di Taman ACBE, Bahau dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kesalahan berkenaan disedari pasukan petugas pemantauan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kira-kira pukul 9 pagi ketika melaksanakan tugas di kawasan perumahan berkenaan.

Menurutnya, turut dikompaun ialah tiga remaja lelaki berusia 18 dan 20 tahun di dalam sebuah kenderaan berhampiran lokasi berkenaan yang dipercayai rakan kepada lelaki bergelang merah jambu tersebut.

Mereka dikompaun kerana gagal memastikan jumlah penumpang dalam kenderaan persendirian mengikut kapasiti kenderaan yang dibenarkan iaitu hanya dua individu.

“Ketiga-tiga remaja lelaki ini dikenakan kompaun sebanyak RM2,000,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu menurut beliau, dua kompaun turut dikeluarkan pada pukul 4 petang semalam membabitkan dua individu iaitu seorang lelaki berusia 30-an dan wanita berusia 20-an yang melawat rakan mereka sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah. 

“Dua individu ini didapati gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan yang berpotensi menyebabkan berlakunya penularan jangkitan dan dikenakan denda sebanyak RM2,000,” katanya.

Menurutnya, kesemua kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya