Lebih setengah juta warga emas lengkap dua dos vaksin - Utusan Malaysia

Lebih setengah juta warga emas lengkap dua dos vaksin

RINA Harun meninjau Komuniti Gerobok Rezeki di Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seramai 1.74 juta warga emas di seluruh negara sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dengan 568,282 daripadanya lengkap dua dos suntikan setakat 20 Jun lalu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, terdapat kurang sejuta warga emas yang belum lagi mendaftar bagi mendapatkan vaksin itu.

“Kira-kira 2.7 juta daripada 3.2 juta warga emas di negara ini mendaftar di aplikasi MySejahtera untuk mendapat suntikan Covid-19.

“Usaha berterusan akan giat dilakukan menerusi advokasi dan sukarelawan yang digerakkan untuk pendaftaran dari rumah ke rumah,” katanya selepas menghadiri Program Komuniti Gerobok Rezeki Desa Vista di sini hari ini.

Mengulas program berkenaan, Rina berkata, inisiatif dimulakan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Desa Vista sejak dua bulan lepas dan membantu masyarakat yang memerlukan dalam bentuk barangan keperluan dan sebagainya.

“Semangat komuniti setempat perlu ada dalam usaha membantu antara sama lain dan ia wajar diterapkan di seluruh kawasan tidak kiralah di taman perumahan ataupun kampung.

“Dengan kerjasama ini, ia akan menyantuni komuniti secara lebih dekat dan tidaklah hanya terlalu bergantung harap bantuan daripada kerajaan. Namun begitu, kementerian sentiasa memberi sokongan dengan usaha yang dilakukan ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya