Kerana hal kereta, lelaki pukul bapa tiri - Utusan Malaysia

Kerana hal kereta, lelaki pukul bapa tiri

SHAMSUL AMAR RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang lelaki bertindak memukul bapa tirinya yang menegur berhubung masalah kereta keluarganya di Pelabuhan Klang, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, bapa tirinya yang berusia 52 tahun telah menegur suspek yang berumur 24 tahun mengenai masalah bateri keretanya.

“Teguran mangsa menyebabkan suspek tidak berpuas hati lalu memukulnya di bahagian dada dan muka menggunakan tangannya.

“Akibatnya, mangsa telah mengalami kecederaan pada bahagian muka sebelah kiri, lebam dan mengalami sakit pada bahagian dada sebelah kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan laporan polis dibuat oleh mangsa, pihaknya telah melancarkan operasi bagi memburu suspek, yang akhirnya ditahan dalam sebuah restoran di Pandamaran, pukul 5 petang semalam.

Shamsul Amar berkata, pihaknya mengesyaki suspek dalam pengaruh dadah ketika kejadian kerana dia mempunyai rekod dadah lampau, empat tahun lalu.

“Bagaimanapun, ujian saringan dadah terhadapnya belum dijalankan dan kami akan dibuat secepat mungkin.

“Ini kali pertama suspek bertindak sedemikian terhadap bapa tirinya,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun sama kerana melakukan ugutan jenayah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya