Keluarga remaja maut kena tembakan polis dapat ganti rugi RM1.5 juta - Utusan Malaysia

Keluarga remaja maut kena tembakan polis dapat ganti rugi RM1.5 juta

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keluarga tiga remaja yang mati ditembak polis, 11 tahun lalu diberi ganti rugi lebih RM1.5 juta oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.

Memetik laporan Bernama, keputusan itu dibuat Hakim Datuk Khadijah Idris setelah membenarkan rayuan keluarga remaja tersebut iaitu Muhammad Shamil Shapiei, Mohd. Hairul Nizam Tuah dan Muhamad Hanafi Omar.

Laporan itu memaklumkan, Peguam Zaid Malek yang mewakili keluarga remaja tersebut memberitahu pemberita melalui pesanan WhatsApp hari ini bahawa Hakim Khadijah membenarkan rayuan keluarga remaja itu untuk mengetepikan keputusan pendaftar Mahkamah Tinggi, yang memberikan award RM207,000 kepada keluarga ketiga-tiga si mati.

Katanya, keluarga itu yang tidak berpuas hati dengan jumlah berkenaan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam (di hadapan hakim) agar ganti rugi dinilai semula dan sejumlah RM1,519,200 diberikan semalam.

Pada 11 Ogos 2015, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Rozana Ali Yusoff membatalkan saman itu dan memerintahkan plaintif membayar kos sebanyak RM20,000 kepada defendan.

Namun pada 1 September 2016, Mahkamah Rayuan membenarkan tuntutan yang dikemukakan keluarga ketiga-tiga remaja itu dan memutuskan polis bertanggungjawab ke atas tembakan yang meragut nyawa remaja terbabit dan memerintahkan kes didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk penilaian di hadapan pendaftar.

Menurut Zaid, daripada award berjumlah RM1,519,299 itu, setiap keluarga akan menerima lebih RM500,000 bagi ganti rugi am, misfeasans awam, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan sementara RM11,200 lagi tuntutan tanggungan untuk keluarga Mohd Hairul Nizam dan RM8,000 untuk keluarga Muhamad Hanafi.

Saman berhubung dakwaan serangan, memukul dan kecuaian itu difailkan terhadap polis dan kerajaan oleh keluarga Muhammad Shamil, Mohd Hairul Nizam dan Muhamad Hanafi, yang dilaporkan ditembak oleh polis bertugas di Glenmarie, Shah Alam, kira-kira 4 pagi, 13 November 2010.

Ketika kejadian Muhammad Shamil berumur 15 tahun, Mohd Hairul 20, dan Muhamad Hanafi Omar, 22.

Keluarga itu sebagai plaintif juga menamakan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Negara, Kerajaan Malaysia dan pegawai polis yang belum dikenal pasti sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif, antara lain mendakwa ketiga-tiga remaja itu meninggal dunia akibat tindakan polis dan tanpa justifikasi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya