Kedah paling sedikit terima dos vaksin - Utusan Malaysia

Kedah paling sedikit terima dos vaksin

DR. Mohd. Hayati Othman (kanan) bertanyakan sesuatu dengan kakitangan yang bertugas di PPV ketika mengadakan lawatan di pusat tersebut di Sungai Petani. - UTUSAN/NUR SYAZWANA MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kedah merupakan salah sebuah negeri yang sedikit menerima dos vaksin berbanding jumlah pendaftaran untuk mendapatkan suntikan tersebut sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, setakat ini, seramai 951,155 orang telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin di negeri ini.

Bagaimanapun menurutnya, jumlah penduduk yang telah lengkap suntikan dua dos cuma seramai 150,199 orang manakala mereka yang baru menerima suntikan dos pertama pula 223,936 orang.

“Pada masa ini, hanya 6.2 peratus yang sudah lengkap dua dos vaksin dan 10.23 peratus telah menerima dos pertama manakala selebihnya masih menunggu giliran untuk dipanggil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Latihan Agensi Antidadah Kebangsaan (PLAK) di sini hari ini.

Dr. Mohd. Hayati berkata, pada masa ini, kerajaan negeri masih kurang berpuas hati dengan peratus pemberian vaksin tersebut.

Sehubungan itu jelasnya, kerajaan negeri mengharapkan Kementerian Kesihatan di bahagian pengendalian vaksin dapat menambah jumlah dos yang akan diberikan kepada penduduk di negeri ini pada Julai nanti.

“Data terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah pada Sabtu lalu menunjukkan data permohonan bagi mendapatkan vaksin di negeri ini masih perlu ditingkatkan lagi,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN