Kaukus gesa kerajaan wujudkan pusat pemulihan LGBT

Kaukus gesa kerajaan wujudkan pusat pemulihan LGBT

RAZALI IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara menggesa kerajaan mewujudkan pusat tahanan dan pemulihan khas Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) bagi membimbing golongan tersebut kearah kebaikan rakyat. 

Pengerusinya, Datuk Razali Idris berkata, ia berikutan terdapat golongan berkenaan yang bertindak melampau sehingga mengganggu ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat, terutama dalam media sosial baharu. 

“Keperluan pusat tahanan dan pemulihan khas ada rasionalnya berikutan tindakan LGBT yang bertindak melampau dengan menghasut dan mencabar pihak berkuasa serta kes terkini usahawan kosmetik transgender yang menayangkan payu dara secara langsung di platform media sosial baharu serta melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap kanak-kanak lelaki di bawah umur adalah suatu perkara yang tidak boleh diterima dalam masyarakat majmuk Malaysia.

“Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara berterima kasih di atas keprihatinan rakyat Malaysia yang menegur golongan LGBT yang melampau ini serta penguatkuasaan tegas termasuk menahan golongan LGBT yang dikenal pasti oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Masyarakat tidak boleh membiarkan kebiadaban golongan LGBT ini yang begitu terbuka dan berleluasa,” katanya dalam satu kenyataan. 

Beliau dalam masa yang sama turut percaya pihak terbabit mempunyai modul dan program bagi mendekati golongan LGBT supaya mereka tidak berasa terpinggir.

Ia termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). 

Dalam perkembangan sama, Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara turut mengesyorkan pendidikan mengenai LGBT seharusnya dimulakan di peringkat sekolah supaya pelajar terdedah kepada gejala gaya hidup sedemikian. 

“Ia menjurus pada seks bebas, kerosakan institusi kekeluargaan serta masyarakat dan penyumbang kepada penularan jangkitan HIV. Guru kaunseling perlu memainkan peranan menyebarkan maklumat mengenai perkara itu dan bagaimana untuk mengelak atau menangani permasalahan terbabit, ” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.