Jumlah e-basikal meningkat, permintaan dalam kalangan penghantar makanan - Utusan Malaysia

Jumlah e-basikal meningkat, permintaan dalam kalangan penghantar makanan

PELBAGAI jenis e-basikal yang dijual menerusi laman Kernel Singapore. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Jumlah basikal elektrik di Singapura melonjak dalam tempoh setahun ini, dipacu oleh permintaan yang meningkat daripada khidmat penghantaran makanan di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Berita Mediacorp melaporkan, setakat sehingga hujung Mei, terdapat 31,660 basikal elektrik berdaftar – e-basikal atau basikal berbantu kuasa bateri (PAB) – menurut perangkaan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Jumlah itu seganda lebih tinggi berbanding 15,800 e-basikal berdaftar pada Mei tahun lalu.

Sejak pendaftaran e-basikal diwajibkan sebelum dibenarkan digunakan di jalan raya dan laluan berbasikal pada 2018, jumlahnya kekal sekitar 13,000. Namun, lebih ramai orang beralih ke e-basikal selepas e-skuter dan alat mobiliti peribadi (PMD) diharamkan di laluan pejalan kaki pada November 2019.

Jumlah e-skuter menjunam dari 100,000 pada 2019 kepada hanya 6,671 yang berdaftar pada hujung Mei tahun ini, menjunam 93 peratus.

Para penjual berkata, permintaan bagi kenderaan jenis itu meningkat disebabkan oleh khidmat penghantaran makanan yang semakin popular ekoran penularan Covid-19, dengan para penghantar makanan membentuk jumlah besar pelanggannya.

“Penjualan PAB semakin bertambah disebabkan oleh Covid-19 sedang lebih ramai orang membuat tempahan makanan secara dalam talian. Permintaan bagi penghantar makanan melonjak dan maka itu, terdapat kenaikan secara langsung pada penjualan PAB,” kata Jay Jin, Pengurus Besar Kernel Singapore.

Kernel adalah antara sebilangan syarikat yang beralih dari menjual PMD kepada basikal dan e-basikal selepas larangan di laluan pejalan kaki dikuatkuasakan pada 2019.

“Kami menjangkakan penjualan e-basikal akan terus meningkat sedang permintaan bagi penghantaran makanan terus bertambah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya