Individu degil bersukan di tasik dikompaun - Utusan Malaysia

Individu degil bersukan di tasik dikompaun

PENGUAT kuasa MBSA mengeluarkan kompaun terhadap individu yang berjoging di taman awam dan didapati melanggar SOP PKP 3.0 di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Walaupun aktiviti bersukan tidak dibenarkan sepanjang sekatan pergerakan penuh penuh, orang ramai dilihat tetap berdegil dan tidak mengendahkan perkara tersebut.

Akibat kedegilan itu, Polis Shah Alam mengeluarkan lima kompaun kepada mereka yang ingkar arahan PKP penuh di Seksyen Taman Tasik Seksyen 7 dan empat di Taman Seksyen 14 di sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kompaun tersebut hasil operasi pematuhan PKP bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama tiga jam bermula pukul 7 pagi.

“Kesemua kompaun dikeluarkan MBSA mengikut Seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Ini ekoran mereka tidak mematuhi PKP penuh dengan masuk beriadah atau jogging di taman taman awam yang telah ditutup bermula 1 hingga 14 Jun ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya berharap semua pihak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan agar dapat memutuskan rantaian Covid-19.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di taman tasik itu mendapati, tiada kelibat orang awam yang melepak atau bersiar-siar.

Malah, kelihatan beberapa anggota MBSA terus melakukan pemantauan dan terdapat gegantung di dua tasik tersebut memaklumkan penutupan dua tasik itu.

MBSA juga memasang pita larangan di setiap pintu masuk bagi memastikan tiada sesiapa memasuki dua tasik tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN