JAKARTA: Hong Kong mengeluarkan arahan melarang masuk penerbangan dari Indonesia.
Detik melaporkan, hal demikian kerana negara ini masuk dalma kategori berisiko tinggi Covid-19.
Perkara itu dimaklumkan Kementerian Luar melalui kenyataan rasmi hari ini,
“Pada 23 lalu, Hong Kong mengumumkan bahawa mulai 25 Jun akan menetapkan status Indonesia menjadi negara kategori A1 (extremely high risk). Dalam kategori A1, maka semua penumpang penerbangan dari Indonesia tidak diperbolehkan memasuki Hong Kong,” jelas kenyataan kementerian itu.
Selain Indonesia, negara lain yang masuk dalam kategori A1 adalah Filipina, India, Nepal dan Pakistan.
Hong Kong mengenal pasti ada banyak kes Covid-19 dari Indonesia yang masuk ke negaranya.