PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru semua rakyat Malaysia untuk menghargai bapa selagi mereka ada di samping sentiasa mendoakan agar diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan masing-masing.
Kata Perdana Menteri, kepada yang telah tiada, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang banyak berkorban demi membesarkan anak-anak.
“Sebagai golongan yang sering menjadi wira, model dan inspirasi kepada anak-anak, anda semua termasuk saya tentunya telah melakukan yang terbaik dalam mendidik serta membesarkan anak-anak kita.
“Kepada semua yang masih ada bapa, hargai mereka. Sentiasalah berdoa agar mereka diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan masing-masing. Kepada yang telah tiada, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang telah banyak berkorban demi membesarkan anak-anak.
“Sekali lagi, kepada semua bapa di luar sana, Selamat Hari Bapa,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.










