Gas oksigen bocor di HKL, lelaki melecur tangan - Utusan Malaysia

Gas oksigen bocor di HKL, lelaki melecur tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemandu lori melecur tangan kiri dalam kejadian kebocoran gas oksigen di Blok Kejuruteraan, Hospital Kuala Lumpur dekat sini petang tadi.

Kejadian dipercayai berlaku apabila paip penyambungan lori tangki 7000 liter yang membawa gas oksigen bocor semasa melakukan kerja-kerja mengisi bekalan ke tangki di blok berkenaan.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.13 petang.

Beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan BBP Jalan Tun Razak dikejarkan pasukan operasi daripada BBP Titiwangsa dan BBP Jalan Tun Razak dengan kekuatan 17 orang anggota.

Menurut Komander Operasi, Mohd. Eirwan Hassian, setibanya jentera di lokasi kejadian mendapat berlaku kebocoran gas oksigen di luar bangunan tersebut.

“Persekitaran lokasi kejadian dipenuhi kepulan seperti asap berwarna putih.

“Kejadian berpunca daripada paip penyambungan daripada lori tangki berkapasiti 7000 liter yang membawa bekalan gas oksigen berkenaan bocor semasa melakukan kerja-kerja mengisi bekalan gas oksigen ke tangki,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Eirwan berkata, pihak bomba berjaya menutup paip penyambungan terbabit dan kerja-kerja pembersihan dilakukan.

“Mangsa yang cedera dihantar ke bahagian kecemasan untuk rawatan lanjut,” ujarnya..- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.