E-sukan bantu jana pendapatan lelaki lumpuh - Utusan Malaysia

E-sukan bantu jana pendapatan lelaki lumpuh

MUHAMMAD Azali Abdul Hamid bermain permainan video secara dalam talian sebagai punca pendapatannya di Sungai Malau Luar, Selama, Perak. – UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Terlantar di katil akibat lumpuh selepas terlibat kemalangan bukan halangan buat bekas penuntut Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam, Sela­ngor menjana pendapatan me­lalui permainan video secara dalam talian atau e-sukan.

Muhammad Azali Abdul Hamid, 23, berkata, dia mula menjana pendapatan melalui permainan video secara dalam talian awal tahun ini setelah lumpuh separuh badan akibat kemalangan jalan raya pada 2017.

Menurutnya, biarpun tidak mampu bergerak dan hanya berbaring di katil, internet adalah penghubungnya dengan dunia luar.

“Saya lumpuh separuh badan dari pinggang ke bawah, jadi internet yang menghubungkan dunia luar terutama rakan-rakan.

“Dunia maya juga memberi pendapatan kepada saya melalui permainan video secara online. Melaluinya, saya dapat menjana pendapatan kira-kira RM400 sebulan.

“Akibat lumpuh, ini saja cara saya mencari duit walaupun tidak banyak namun sekurang-kurangnya saya berusaha,” kata­nya ketika ditemui di Sungai Malau Luar, Selama dekat sini.

Dia yang menerima bantuan bulanan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata, e-sukan memberikannya pendapatan tambahan.

“Wang hasil permainan video ini dapat juga membantu keperluan harian saya,” katanya.

Begitupun, Muhammad Aza­li kesal kerana capaian internet di kawasannya tidak begitu baik.

Berikutan itu, Muhammad Azali berharap kerajaan memberikan perhatian terhadap masalah itu demi kepentingan penduduk terutama pelajar yang mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

“Saya bukan mahu minta simpati disebabkan keadaan saya tetapi adalah mustahak bagi pihak yang berkaitan menaik taraf capaian internet di kawasan ini.

“Saya percaya bukan hanya saya yang menghadapi masalah tersebut tetapi juga penduduk di kampung ini, kasihan pelajar yang mahu mengikuti PdPR,” katanya.

Sementara itu, ibunya, Asmah Mohammad, 59, berkata, anaknya mula aktif dalam permainan video dalam talian dua tahun lalu selepas dibelikan set komputer.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya