DUN Chennah sedia sebuah bas laksana PPV bergerak - Utusan Malaysia

DUN Chennah sedia sebuah bas laksana PPV bergerak

ANTHONY Loke Siew Fook (kanan) dan Bakri Sawir beramah mesra dengan seorang penerima vaksin ketika meninjau operasi pemberian vaksin di PPV Dewan D'Sury, Kuala Klawang, Jelebu. - UTUSAN/BADRUL HAFIZAN MAT ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Bagi memastikan warga emas berusia 60 tahun mendapatkan vaksin Covid-19 dengan kadar segera, Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah mengambil inisiatif menyediakan sebuah bas bagi dijadikan sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah, Anthony Loke Siew Fook berkata, bas yang telah diubah suai itu akan disewa oleh pihaknya sebagai satu usaha ‘outreach’ memastikan lebih ramai masyarakat khususnya warga emas di pedalaman dapat mendaftar sekali gus menerima vaksin.

Inisiatif yang akan bermula 12 Julai itu, jelas beliau, akan mendapat kerjasama daripada pihak Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) daerah Jelebu yang sekali gus dijangka mempercepatkan lagi proses pemberian vaksin dalam kalangan penduduk di daerah ini.

“Di Jelebu, masih ramai tidak mendaftar kerana banyak kawasan kampung, kampung-kampung kecil dan ia berterabur. Ramai lagi warga emas yang belum mendaftar, jadi kami rasa di Jelebu ini perlukan program ‘outreach’ untuk sampai kepada mereka.

“Oleh itu, pejabat saya akan sumbangkan sebuah bas khas yang disewa, yang akan dijadikan sebagai PPV bergerak di tiga buah DUN di daerah ini iaitu Chennah, Klawang dan Pertang. Ia akan bergerak setiap hari ke lokasi berlainan mereka yang belum mendaftar khususnya warga emas, boleh mendapat vaksin pada hari itu juga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi PPV di Dewan D’Sury, Kuala Klawang dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, ADUN Klawang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian Dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Bakri Sawir.

Tambah Siew Fook yang juga Ahli Parlimen Seremban, PPV Bergerak itu akan berada di kawasan perkampungan yang mempunyai kemudahan dewan ataupun balai raya dengan sasaran 500 dos suntikan vaksin diberikan dalam tempoh seminggu.

“Program ini akan berjalan dalam tempoh enam minggu iaitu lengkap dua dos vaksin melibatkan lebih kurang 1,500 penduduk,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya