Dr. Mahathir: Tiada pemimpin UMNO layak jadi Timbalan Perdana Menteri

Dr. Mahathir: Tiada pemimpin UMNO layak jadi Timbalan Perdana Menteri

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada pemimpin UMNO yang layak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, tegas Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, ini kerana kebanyakan mereka dikaitkan dengan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

“Tiada yang layak. Sebab semua terlibat dengan perbuatan yang salah.

“Ada yang sudah dihukum, sedang dihadap ke mahkamah. Ada juga yang berdepan macam-macam tuduhan tapi belum (dihadapkan) ke mahkamah lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Dr. Mahathir memberitahu, kalau ada pun daripada UMNO yang sesuai dilantik untuk jawatan berkenaan, hanyalah ahli biasa.

“Tapi ahli biasa nak jadi Timbalan Perdana Menteri, susah sikitlah,” ujarnya.

Sebelum ini, pelbagai pihak mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memilih sama ada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Menurut pemerhati politik, pelantikan Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO mampu memperkasakan hala tuju dan kekuatan parti itu menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ini kerana dengan adanya Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO, ia mampu menyekat pertembungan tiga penjuru antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Pertembungan sedemikian jika tidak ditangani akan merugikan dunia politik Melayu pasca PRU. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya