Daz Bikers ronda rumah 'bendera putih' - Utusan Malaysia

Daz Bikers ronda rumah ‘bendera putih’

ZUHAIRI AB. KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kempen mengibarkan bendera putih jika terputus bekalan makanan yang tular di media sosial sejak semalam terus mendapat sambutan bagi membantu rakyat memerlukan termasuk dari Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi, Daz Bikers di sini.

Penaung Daz Bikers, Datuk Seri Zuhairi Ab. Kadir berkata, rakyat di daerah ini yang kesempitan hidup dan begitu memerlukan bantuan boleh mengibarkan bendera putih di rumah masing-masing.

Menurutnya, ahli Daz Bikers akan melakukan siri jelajah bermula di Kuantan bagi menyampaikan sumbangan sebelum diperluaskan ke daerah lain di negeri ini.

“Bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) sekatan perjalanan menyeluruh (total lockdown) dipatuhi, tiada pergerakan secara berkumpulan sebaliknya hanya dua buah motorsikal akan melakukan siri jelajah itu secara bergilir-gilir.

“Sumbangan yang diberikan adalah semampu mungkin bagi membantu mereka yang kesempitan hidup ibarat telur di hujung tanduk,” katanya di sini hari ini.

Walaupun tidak dapat dipastikan siapa yang memulakan kempen tersebut, ia menjadi tular dalam Facebook, Twitter dan Instagram.

Ia cukup mudah, anda hanya perlu mengibarkan bendera putih di rumah sendiri jika menghadapi kesusahan dari segi bekalan makanan dan kewangan.

Zuhairi berkata, Daz Bikers berharap tiada pihak mengambil kesempatan dengan sengaja mengibarkan bendera putih bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menerima bantuan.

Beliau dalam pada itu menyeru kepada individu dan syarikat korporat supaya tampil menghulurkan sumbangan menerusi kempen berkenaan.

“Ia sebagai tanda prihatin dan simpati terhadap kehidupan rakyat yang ketika ini semakin tertekan dan terdesak kesan penularan wabak Covid-19,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN