Covid-19 merebak hingga ke tiga kampung, generasi kelima

Covid-19 merebak hingga ke tiga kampung, generasi kelima

DR. NOR AZIMI YUNUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kluster Kampung Matang yang merupakan kluster Covid-19 terbesar di Hulu Terengganu sudah merebak ke tiga kampung hingga menyebabkan seramai 127 individu dikesan positif wabak berkenaan termasuk generasi kelima.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, sehingga kini seramai 725 kontak rapat dikesan di samping 975 sampel yang masih menunggu keputusan ujian saringan Covid-19.

Katanya, siasatan mendapati wujud aktiviti rentas negeri sebelum Aidilfitri di samping kunjung-mengunjung hingga 19 dikesan positif bermula daripada dua keluarga.

“Tanpa sedar menjangkiti rakan sekerja dan jemaah masjid, akhirnya jangkitan bersambung-sambung.

“Kluster Kampung Matang telah merebak ke tiga kampung iaitu Felcra Bukit Kepah, Kampung Tengkawang dan Kampung Pulau Kudat dengan kesemuanya masih aktif,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook hari ini.

Menurut Nor Azimi, sekiranya keadaan itu berterusan dikhuatiri tidak mampu melandaikan lekuk epid dalam tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di mukim Kuala Berang.

Semalam, sebanyak 1,505 kes positif Covid-19 direkodkan di negeri ini dengan 14 daripadanya menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini manakala enam lagi memerlukan alat bantuan pernafasan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya