PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan kes sembuh Covid-19 yang tinggi iaitu 7,730 kes berbanding kes positif berjumlah 5,738 kes hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 60 kes kematian dicatatkan dengan 909 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 441 kes memerlukan bantuan pernafasan manakala 66,097 kes aktif.
Katanya, dua negeri merekodkan 1,000 kes positif iaitu Selangor (1,858) dan Negeri Sembilan (1,086) manakala kebanyakan negeri menunjukkan penurunan kes biarpun masih tiga angka.
“Negeri yang terlibat iaitu Kuala Lumpur (641), Sarawak (559), Johor (449), Sabah (248), Kedah (197), Melaka (184), Kelantan (154)
“Baki negeri pula merekodkan kes di bawah 100 kes iaitu Pulau Pinang (97), Labuan (97), Terengganu (77), Pahang (54), Perak (30) manakala Putrajaya (7) dan Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE










