China tahan 1,100 suspek penggubahan wang haram berkaitan kripto - Utusan Malaysia

China tahan 1,100 suspek penggubahan wang haram berkaitan kripto

GAMBAR hiasan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Polis China berjaya menahan lebih 1,100 individu yang disyaki menggunakan mata wang kripto untuk melakukan penggubahan wang haram menerusi penipuan telefon dan internet.

Kementerian Keselamatan Awam, kesemua individu tersebut ditahan dalam satu operasi besar-besaran yang dijalankan oleh pihak berkuasa China baru-baru ini.

Jelasnya, polis menumpaskan lebih 170 kumpulan penjenayah yang terlibat dalam penggunaan mata wang kripto untuk melakukan aktiviti penggubahan wang haram.

Menurut kementerian, pelanggan dikenakan komisen antara 1.5 hingga lima peratus untuk mengubah wang haram kepada mata wang maya menerusi pertukaran kripto.

Penahanan itu dibuat ketika pihak berkuasa China meningkatkan operasi tindakan kekerasan terhadap perniagaan mata wang digital.

Bulan lalu, tiga agensi industri melarang perkhidmatan kewangan dan pembayaran berkaitan kripto.

China berikrar untuk memerangi aktiviti perlombongan dan perdagangan bitcoin.

Semalam, Payment & Clearing Association China memaklumkan jenayah melibatkan penggunaan mata wang maya semakin meningkat.

Jelasnya, mata wang kripto merupakan kaedah pembayaran yang popular dalam aktiviti perjudian haram.

Menurut persatuan itu, hampir 13 peratus laman sesawang perjudian menyokong penggunan mata wang maya.

“Malah teknologi `blockchain juga menyukarkan lagi pihak berkuasa mengesan wang tersebut,” jelasnya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN