CBP tawar pembiayaan persendirian kepada pegawai ATM - Utusan Malaysia

CBP tawar pembiayaan persendirian kepada pegawai ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menawarkan pembiayaan persendirian khusus kepada para pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula pada 4 Julai ini.

Co-opbank Pertama dalam kenyataannya berkata, tawaran perkhidmatan itu dibuat bagi meluaskan lagi profil pelanggan CBP terutama daripada ATM yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TLDM).

“Pihak CBP menetapkan kelayakan asas dan syarat-syarat tambahan kepada warga ATM yang berminat iaitu bayaran balik melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA); gaji minima RM3,000.00 dan ke atas iaitu gaji pokok dengan elaun tetap.

“Pengesahan jawatan perlu melalui Unit Gaji Angkatan Tentera (UGAT) ; pemohon dari kalangan pangkat pegawai dan ke atas dan lain-lain syarat dan terma yang sedia ada,” demikian menurut  kenyataan itu, hari ini.

Selain itu, ia juga memberi peluang kepada warga-warga ATM yang layak untuk menikmati pelbagai produk patuh syariah yang ditawarkan oleh pihak CBP pada kadar keuntungan semasa yang kompetatif dan mampu biaya tertakluk kepada terma dan syarat.

Selain pembiayaan peribadi, CBP juga menawarkan pelbagai produk kewangan patuh Syariah yang meliputi pembiayaan, simpanan, Ar-Rahnu, takaful dan wasiat.

CBP kini sedang mengadakan kempen pembiayaan peribadi-I #M4M kepada kakitangan sektor awam yang menawarkan sebuah pangsapuri kepada seorang pelanggan yang bertuah.

Warga ATM yang berminat boleh menghubungi mana-mana cawangan CBP terdekat atau melayari laman media sosial CBP untuk informasi lanjut. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya