Buka tudung? Saya sedang jadi diri sendiri - Kak Girl - Utusan Malaysia

Buka tudung? Saya sedang jadi diri sendiri – Kak Girl

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tampil dengan imej tidak bertudung, pelakon dan personaliti media sosial, Kak Girl, mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminatnya yang risau dengan tindakannya itu.

Dalam perkongsian di Instagram, Kak Girl atau nama sebenarnya, Nur Amira Maslan turut meluahkan perasaan yang selama ini dipendam sendiri.

“Kadangkala kita terlalu menjaga hati orang tanpa fikir diri sendiri dan terpaksa ikut kehendak orang, walaupun kita ada kehendak sendiri.

“Bertahun lamanya kita cuba jadi yang terbaik. Ya, saya ikut dan dengar. Ikut sahaja apa yang orang nak kita buat. Tapi, masih tiada yang benar-benar menghargai.

“Saya tidak menyalahkan sesiapa selain diri sendiri. Maaf mungkin ramai yang kurang selesa. Tetapi saya sedang menjadi diri saya. Tak kira apa orang nak kata, saya perlukan ruang untuk diri sendiri,” katanya.

Tambah bekas penyampai radio itu juga, dia kini perlukan masa untuk merawat semula kekecewaan yang dihadapinya.

Dalam pada itu, dia memohon maaf jika penampilannya itu berbeza dari sebelum ini serta memohon warganet untuk mendoakannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya