Beruang ditembak mati cetus kekecohan di Jepun - Utusan Malaysia

Beruang ditembak mati cetus kekecohan di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seekor beruang ditembak mati oleh sekumpulan pemburu di utara Jepun hari ini selepas haiwan itu ‘mengganas’ di bandar sehingga menyebabkan empat cedera termasuk anggota tentera.

Siaran televisyen menunjukkan beruang itu berkeliaran di tepi jalan, cuba merosakkan pagar berek tentera sehingga menyebabkan sistem penggera keselamatan berbunyi di bandar Sapporo.

Rakaman juga menunjukkan beruang itu menyerang seorang mangsa dari arah belakang.

Kejadian itu menyebabkan sekolah ditutup dan beberapa penerbangan dibatalkan.

Terdahulu, jurucakap kerajaan, Katsunobu kato meminta orang ramai di Hokkaido berhati-hati susulan kemunculan beruang tersebut.

Kesemua mangsa yang cedera berusia 40-an, 70-an dan 80-an.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN